Menjalani Kehidupan dengan Osteoartritis
Bagaimana Menanganinya
Osteoartritis adalah keadaan kesihatan yang sangat menyakitkan dan boleh menyebabkan ketidakselesaan
ketika melakukan tugasan harian yang mudah. Apakah yang boleh kita lakukan untuk menghilangkan simptom-simptom
yang menyakitkan ini? Langkah-langkah yang diambil sendiri oleh pesakit boleh membantu mengurangkan tekanan pada
sendi-sendi anda dan mengurangkan tahap keseriusan keadaan anda. Beberapa langkah utama ada disenaraikan di bawah.
- Kurangkan berat badan sekiranya anda seorang yang obes atau mempunyai berat badan berlebihan. Menurut Yayasan Artritis Amerika, bagi setiap paun berat anda, anda menambah 4 paun tekanan ke atas lutut anda dan 6 kali tekanan ke atas pinggul anda. Oleh itu, mengurangkan berat badan akan mengurangkan tekanan ke atas sendi dan melegakan kesakitan anda.
- Bersenam. Bersenam secara tetap membantu sendi anda berfungsi dengan baik dan membuatnya kekal kuat dan anjal. Cuba lakukan senaman aerobik berimpak rendah dan senaman untuk anjal seperti yoga yang lembut, tai-chi dan berenang yang membantu melegakan kekejangan dan membina ketahanan. Senaman juga membantu memelihara tulang rawan anda.
- Menjaga sendi anda. Gunakan pek haba pada sendi yang sakit untuk meningkatkan pengaliran darah dan melegakan kekejangan atau gunakan pek ais untuk mengurangkan kesakitan dan bengkak. Elak dari melakukan aktiviti yang berulang-ulang atau menghabiskan banyak masa dalam posisi yang sama seperti bercangkung semasa berkebun. Menggunakan tongkat atau alat pejalan kaki beroda akan mengurangkan tekanan pada sendi anda.
- Jumpa doktor anda. Berbincang dengan doktor anda akan membantu mendiagnosis sakit sendi anda dan bincanglah cara-cara untuk menangani keadaan anda. Memilih rawatan yang betul dengan bantuan doktor anda membantu anda mengawal keadaan osteoartritis anda.
- Ambil ubat – ubat penahan sakit dengan bijaksana. Ubat penahan sakit seperti parasetamol dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs) berfungsi dengan baik dalam menangani kesakitan tetapi ubat ini tidak akan merawat osteoartritis. Pengambilan ubat penahan sakit untuk tempoh yang lama boleh membawa kepada beberapa kesan sampingan yang tidak diingini seperti ulser gastrousus dan sebagainya.
- Makanan tambahan dengan nutrien untuk kesihatan sendi. Ambil makanan tambahan untuk kesihatan sendi secara tetap bagi merawat osteoartritis atau melambatkan bermulanya keadaan tersebut. Makanan tambahan glukosamin dengan kondroitin adalah yang biasa disyorkan oleh pakar ortopedik dan para doktor kepada pesakit mereka yang menderita osteoartritis dan sakit sendi.