MAL 18046044N

OsteCAL Plus

Formula Tulang 6-dalam-1 yang lengkap (dengan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan sebagainya) untuk tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis

Kesihatan tulang boleh terjejas oleh banyak faktor seperti keturunan, pemakanan, aktiviti fizikal, paras hormon dan gaya hidup. Osteoporosis, yang sebenarnya bermaksud tulang yang poros/berongga, ialah penyakit yang mana ketumpatan tulang telah menjadi kurang sehingga membawa kepada peningkatan risiko mendapat tulang retak. Penyakit ini menyerang orang-orang pertengahan umur atau lebih tua; wanita lebih berisiko kerana masalah menopaus yang diiringi dengan kekurangan hormon estrogen yang mempercepatkan kehilangan tulang. Ini meningkatkan risiko wanita mendapat osteoporosis.

Kepentingan kalsium dalam kesihatan tulang telah lama diketahui umum. Kekurangan kalsium dalam tubuh menyebabkan tulang lemah dan meningkatnya risiko mendapat tulang retak. Namun begitu, walaupun kalsium penting untuk kesihatan tulang, bukan semua wanita yang menghidap osteoporosis mengalami kekurangan kalsium.

Bukti baharu jelas menyokong pendapat bahawa nutrien yang pelbagai adalah penting untuk kesihatan tulang dan mengurangkan osteoporosis. Magnesium dan vitamin D meningkatkan kadar penyerapan kalsium. Zink pula menyokong metabolisme vitamin D. Mangan dan kuprum ialah mineral surih yang juga menyokong kesihatan tulang. Live-well OsteCAL membekalkan kalsium, magnesium, vitamin D, zink, mangan, kuprum dalam satu sinergi formula tulang 6 dalam 1.

- Untuk mengekalkan kesihatan tulang yang optimum
- Untuk mencegah osteoporosis

Semua peringkat usia
Cara paling mudah untuk mencegah osteoporosis di kemudian hari ialah dengan memastikan pengambilan kalsium, vitamin D dan mineral yang mencukupi sepanjang usia kanak-kanak, remaja dan awal dewasa.

Mereka yang berusia 20an, 30an, 40an, 50an dan seterusnya
Bermula dengan usia 20an supaya dapat membina jisim tulang yang optimum apabila anda menjangkau usia 30 tahun. Secara amnya, jisim tulang tidak akan bertambah selepas usia 30 tahun.

Setiap Tablet Mengandungi :
Kalsium (sebagai Kalsium Sitrat , Kalsium Malate, Kalsium Karbonat, Dikalsium Fosfat, Kalsium Boroglukonat) 267 mg
Magnesium (sebagai Magnesium Sitrat, Magnesium Glycinate, Magnesium Oksida) 110 mg
Vitamin D 200 I.U.
Zink ( sebagai Zink Sitrat) 1.67 mg
Mangan (sebagai Mangan Glukonat) 0.62 mg
Kuprum (sebagai Kuprum Glukonat) 0.17 mg

Vitamin D didapati daripada lanolin (lilin bulu biri-biri)

- Dewasa: 1 tablet 3 kali setiap hari selepas makan.

- 30Tablet
- 100Tablet