Memahami Osteoartritis
Faktor-Faktor Risiko bagi Osteoartritis
Faktor-faktor risiko mendapat osteoartritis termasuk:
- Umur – Risiko mendapat osteoartritis meningkat seiring dengan umur.
- Berat Badan Berlebihan – Dengan berat yang berlebihan, bahagian kaki, pinggul dan lutut anda terpaksa menanggung berat badan yang berlebihan.
- Pekerjaan yang Tertentu – Sesetengah pekerjaan yang melibatkan tugasan harian yang memberikan tekanan berulang pada sendi yang tertentu boleh menyebabkan sendi tersebut akhirnya mengalami osteoartritis.
- Kecederaan pada Sendi – Kecederaan lama mungkin telah merosakkan tulang rawan atau menjejaskan cara sendi bergerak, mengakibatkan osteoartritis sekunder.
- Lain-lain Penyakit – Osteoartritis boleh berlaku dalam sendi yang telah ‘ dirosakkan’ oleh lain-lain jenis artritis. Sebagai contoh, mereka yang menghidap artritis reumatoid atau gout boleh mendapat osteoartritis sekunder pada sendi-sendi yang telah rosak akibat keradangan.
- Kecacatan Tulang – Orang yang dilahirkan dengan kecacatan pada sendi atau dengan tulang rawan yang rosak lebih berisiko mendapat osteoartritis.