Produk-Produk OsteSAMIN

 

OsteMSM 500

Teman Ideal kepada Glukosamin + Kondroitin untuk Kelegaan Sakit Sendi dan Osteoartritis

MSM (Metil-sulfonil metana) ialah bentuk semula jadi sulfur yang didapati dalam tisu-tisu hidup kita. MSM memberi sulfur kepada tubuh dalam cara yang boleh digunakan untuk membantu mengekalkan struktur tisu-tisu penghubung dengan membentuk hubungan silang melalui ikatan disulfida seterusnya menguatkan tisu-tisu sendi. MSM mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang timbul daripada keadaan degeneratif iaitu Osteoartritis.

MSM digunakan secara meluas dengan kombinasi bersama glukosamin dan kondroitin bagi melegakan sakit sendi. Banyak negara maju di seluruh dunia seperti AS, UK, Eropah, Australia dan sebagainya, telah menyaksikan keputusan yang sangat positif dalam rawatan Osteoartritis apabila MSM yang diambil secara oral ditambah kepada terapi pemakanan glukosamin dan kondroitin.

Setiap tablet mengandungi:
- 500 mg Metil-sulfonil metana (MSM)

1 - 2 tablet sehari
Nota: Yayasan Artritis Amerika mengesyorkan permulaan dos yang rendah sebanyak 500mg dua kali sehari. Selepas mula mengambil MSM, berikan tubuh anda masa untuk melihat sebarang manfaat.

- 150 tablet