SOALAN-SOALAN LAZIM Produk
Simptom-simptom osteoartritis lutut biasanya berlaku secara beransur-ansur.
Ini ialah kerana tulang rawan mengambil masa untuk haus dan menukar cara sendi anda berfungsi.
Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin mengandungi glukosamin dan kondroitin yang merupakan
komponen semula jadi tisu-tisu sendi yang sihat. Komponen ini berfungsi dengan membekalkan
bahan mentah semula jadi yang diperlukan oleh tulang rawan untuk membaiki dan membinanya semula,
mengurangkan kekejangan dan melegakan sakit sendi.
Selain dari itu, glukosamin dan kondroitin tambahan juga merencat enzim-enzim tertentu yang memusnahkan
tulang rawan seperti kolagenase dan fosfolipase yang membantu melambatkan perkembangan Osteoartritis.
Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin sesuai untuk mereka yang mempunyai batasan pemakanan terhadap
daging lembu kerana bahan kami diambil daripada makanan laut sementara kapsulnya diperbuat daripada
sumber sayuran.
Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin mungkin tidak sesuai untuk vegetarian kerana bahan-bahan glukosamin dan kondroitin diambil daripada makanan laut. Walaupun begitu, bagi vegetarian yang mengalami sakit sendi, mereka boleh cuba mengambil Live-well OsteMSM 500 dan Live-well OsteRELIEF sebab kedua-dua produk ini berguna untuk kesihatan sendi dan tidak mengandungi sebarang derivatif haiwan.
Glukosamin dan kondroitin diperolehi daripada sumber makanan laut, oleh itu individu yang alah kepada makanan laut dinasihatkan untuk tidak mengambil produk ini. Kesan-kesan sampingan seperti ruam kulit, kemerahan dan rasa gatal telah dilaporkan oleh orang-orang yang alah kepada makanan laut.
Glukosamin & kondroitin bertindak dalam cara yang berbeza daripada ubat penahan sakit. Apabila
sebahagian daripada tubuh anda mengalami kecederaan, hujung saraf yang tertentu akan menghantar
mesej sakit kepada otak anda. Ubat penahan sakit bertindak dengan menyekat mesej-mesej ini, sama
ada di lokasi kecederaan, di saraf tunjang atau dalam otak itu sendiri.
Sebaliknya, glukosamin dan kondroitin ialah komponen semula jadi tisu sendi sihat. Bahan-bahan
ini berfungsi dengan membekalkan bahan mentah semula jadi yang diperlukan oleh tulang rawan untuk
membaiki dan membinanya semula dan dengan menghalang enzim-enzim semula jadi yang merosakkan tulang
rawan seperti dalam keadaan Osteoartritis, seterusnya melegakan sakit sendi dan merawat osteoartritis.
Kebanyakan orang yang mengambil Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin menyatakan rasa sakit mereka berkurang selepas lebih kurang 2 bulan. Oleh itu jangan rasa putus asa jika rasa sakit anda tidak berkurang dengan serta-merta. Anda harus mengambil Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin untuk sekurang-kurangnya tiga bulan pada dos maksima yang disyorkan (2 kapsul dua kali setiap hari).
Tulang rawan boleh dibina semula dan dihasilkan semula secara semula jadi. Namun begitu, dalam keadaan
Osteoartritis, tulang rawan dirosakkan lebih cepat daripada ia boleh dihasilkan semula. Oleh kerana
kebanyakan penghidap Osteoartritis tidak memelihara tulang rawan mereka dengan baik, rawan akan
mula haus semula jika rawatan dihentikan sepenuhnya.
Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin menyediakan komponen semula jadi bagi tulang rawan– glukosamin dan
kondroitin, nutrien-nutrien penting untuk membina tulang rawan yang kuat dan fleksibel. Anda dinasihatkan
untuk mengurangkan jumlah dos Live-well OsteSAMIN Plus Chondroitin anda kepada dos amalan secara
beransur-ansur sebaik sahaja kesakitan anda mula berkurang. Jika kesakitan itu kembali, anda hendaklah
menambah dos kepada dos maksima untuk dua hingga tiga bulan lagi.
Dos Amalan: 1 kapsul dua kali setiap hari (15 minit sebelum makan)
Adalah selamat bagi penghidap diabetes dan pra-diabetes untuk mengambil makanan tambahan ini kerana fakta mengenai glukosamin menaikkan paras gula dalam darah telah didapati sebagai tidak tepat. Kajian-kajian terbaharu telah mendapati bahawa glukosamin dan kondroitin tidak menaikkan paras gula dalam darah.