Rawatan
Osteoartritis akan menjadi semakin buruk selepas beberapa lama apabila tulang rawan menjadi semakin haus.
Rawatan yang betul boleh membantu mengawal keadaan dan menjadikan sendi kekal sihat selama yang boleh.
Pelbagai jenis rawatan, daripada rawatan profesional hinggalah ke terapi konvensional, boleh didapati bagi mereka
yang menderita osteoartritis pada tahap-tahap yang berbeza. Oleh itu memilih rawatan yang betul tanpa panduan
daripada golongan profesional boleh membuat kita keliru. Di sini disediakan sedikit maklumat mengenai jenis-jenis
rawatan yang berbeza dan diharapkan maklumat ini dapat membantu anda memilih rawatan yang sesuai.
- Ubat-Ubatan
Jenis ubat penahan sakit (analgesik) yang mungkin doktor anda preskripsikan akan bergantung kepada tahap kesakitan anda. Ubat yang paling biasa termasuk parasetamol, aspirin dan ubat anti-radang bukan steroid (NSAIDs). Namun, ubat penahan sakit hanya membuat anda tidak berasa sakit, ubat ini tidak merawat penyakit. Pengambilan ubat penahan sakit untuk tempoh yang lama juga boleh memberi kesan-kesan sampingan seperti masalah gastrousus, ulser peptik dan juga meningkatkan risiko mendapat serangan jantung dan strok. - Suntikan intra-artikular
Sekiranya osteoartritis anda adalah pada tahap serius, rawatan menggunakan ubat penahan sakit mungkin tidak mencukupi untuk mengawal kesakitan anda. Dalam hal ini, anda mungkin memerlukan suntikan intra-artikular iaitu ubat disuntik terus ke dalam sendi yang terjejas. Kortikosteroid atau steroid ialah jenis ubat yang biasa disuntik terus ke dalam ruang pada sendi yang mengalami keradangan artritik tersebut. Walau bagaimanapun, suntikan ubat ini hanya membantu melegakan kesakitan untuk jangka masa pendek sahaja (mungkin beberapa minggu hingga beberapa bulan). - Pembedahan
Pembedahan penggantian ialah pembedahan untuk menggantikan hujung-hujung tulang pada sendi yang telah rosak dan membuat permukaan sendi yang baharu. Oleh kerana terdapat risiko tertentu dalam semua jenis pembedahan, pilihan ini akan disyorkan oleh doktor apabila sendi pesakit telah rosak teruk atau amat sedikit tulang rawan yang masih ada pada sendi-sendi tersebut. - Terapi konvensional
Orang-orang yang tidak mahu menjalani pembedahan boleh memilih terapi konvensional seperti akupunktur dan urutan. Terapi-terapi ini dianggap selamat dengan kesan-kesan sampingan yang minimum jika dijalankan oleh ahli profesional. Menggunakan pek panas atau sejuk di rumah juga boleh memberikan kelegaan sementara untuk kesakitan anda. - Makanan tambahan - Glukosamin, Kondroitin dan MSM
Terdapat beberapa jenis makanan tambahan yang boleh didapati untuk merawat osteoartritis. Dua daripada makanan tambahan untuk kesihatan sendi yang paling biasa ialah glukosamin dengan kondroitin. Glukosamin dan kondroitin berfungsi dengan membekalkan bahan mentah semula jadi yang diperlukan tulang rawan bagi membaiki dan membina tisu-tisunya semula.
Makanan tambahan ini juga menahan enzim-enzim semula jadi yang merosakkan tulang rawan seperti dalam penyakit osteoartritis. Makanan tambahan glukosamin dan kondroitin selamat diambil untuk jangka masa panjang bagi mendapat manfaat kesihatan sendi yang berpanjangan.
Sesetengah negara maju seperti AS, UK dan juga Australia telah memasukkan MSM (Metil-sulfonil metana) dalam regim tambahan bagi kesihatan sendi mereka untuk mendapatkan kesan sinergi yang bermanfaat. MSM ialah bentuk semula jadi sulfur yang didapati dalam tisu-tisu hidup kita. MSM menguatkan tisu-tisu sendi dan membantu mengurangkan ketidakselesaan dan kesakitan yang disebabkan oleh osteoartritis.
Yayasan Artritis Amerika mengesyorkan pengambilan dos sebanyak 1500mg glukosamin dan 800 -1200mg kondroitin sehari. Bagi MSM, mulakan dengan dos yang rendah sebanyak 500mg dua kali sehari dan beransur-ansur tambah dos sehingga 1,000mg dua kali sehari.
Selepas mengambil glukosamin, kondroitin dan MSM, berikan tubuh anda masa untuk melihat sebarang manfaatnya.