Nutrisi Sendi
Mengenai MSM
MSM (Metil-sulfonil metana) ialah bentuk semula jadi sulfur yang didapati dalam tisu-tisu hidup.
MSM adalah terdiri daripada 34% sulfur, mineral keempat paling banyak dalam tubuh manusia.
MSM memberi sulfur kepada tubuh dalam cara yang boleh digunakan untuk membantu mengekalkan struktur
tisu-tisu penghubung dengan membentuk hubungan silang melalui ikatan disulfida. MSM diperlukan untuk
keutuhan struktur tulang rawan sendi dan tisu penghubung seperti kulit, rambut dan kuku.
MSM tambahan membantu menyokong sendi-sendi sihat dan tisu-tisu penghubung seperti tendon, tulang rawan,
ligamen dan otot. Kajian juga telah mendapati bahawa MSM membantu mengurangkan kekejangan dan bengkak
pada sendi seterusnya mengurangkan kesakitan dan memperbaik keanjalan. Lain-lain manfaat sulfur termasuk
menambah baik keanjalan kulit dan membuat rambut dan kuku lebih berkilat. Ini juga mencegah rambut daripada
pecah dan terbelah dihujung.
MSM digunakan secara meluas dengan kombinasi bersama glukosamin dan kondroitin bagi melegakan sakit sendi
dengan berkesan. Banyak negara maju di seluruh dunia seperti AS, UK, Eropah, Australia dan sebagainya,
telah menyaksikan keputusan yang sangat positif dalam rawatan Osteoartritis apabila MSM yang diambil secara
oral ditambah kepada terapi pemakanan glukosamin dan kondroitin.
Yayasan Artritis Amerika mengesyorkan permulaan dos yang rendah sebanyak 500mg dua kali sehari dan menambah dos
secara beransur-ansur sehingga 1,000mg dua kali sehari. Selepas mula mengambil MSM, berikan tubuh anda masa untuk
melihat sebarang manfaat.
Nota:
MSM ialah sulfur dalam bentuk organik, manakala sulfida dalam bahan makanan adalah bentuk bukan organik. Juga,
ramai orang telah diberitahu oleh doktor yang mereka alah kepada sulfur. Hakikatnya, apa yang dimaksudkan oleh
doktor mereka ialah mereka alah kepada antibakteria sulfonamida (kadang-kadang disebut ubat sulfa). Ini ialah
agen-agen antimikrob sintetik yang mengandungi kumpulan sulfonamida.
MSM telah didapati selamat bagi kebanyakan orang walaupun mereka yang mempunyai alahan terhadap sulfa.
Hubungilah pakar penjagaan kesihatan profesional jika anda berasa waswas.