Artikel Kesihatan
Live-well adalah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka yang aktif terlibat dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Artikel kami diterbitkan dalam akhbar terkemuka di Malaysia.
MSM (METHYLSULFONYLMETHANE) – Pengiring Unggul Kepada Glukosamin + Kondroitin Untuk Osteoartritis & Sakit Sendi
Di seluruh dunia, berjuta-juta manusia menghadapi masalah sendi. Kerana manusia sekarang hidup dengan lebih lama, keadaan-keadaan penyakit seperti osteoartritis mempunyai kesan yang agak besar terhadap kos penjagaan dan kualiti hidup. Penyakit sendi menyebabkan lebih separuh daripada semua masalah kronik warga tua.
Perkataan artritis bermakna “radang sendi” – maksudnya sendi yang kesakitan, berasa panas apabila disentuh, mungkin kemerahan warnanya, bengkak-bengkak, dan juga dikaitkan dengan kehilangan fungsinya. “Osteo” ialah perkataan Yunani yang bermakna “tulang.” Artritis bukan sesuatu penyakit yang tunggal. Sebenarnya, lebih 100 keadaan yang berlainan boleh menjejaskan sendi dan tulang yang berhampiran, serta otot-otot dan tisu-tisu.
Jenis artritis yang paling biasa ditemui ialah osteoartritis (OA), yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung tulang pada sendi lama kelamaan menjadi merosot sebagai sebahagian daripada proses kehausan dan kelusuhan. Kesannya adalah amat ketara. Ini boleh terjadi oleh kerana:
- Kehausan dan kelusuhan apabila kita semakin tua
- Kecederaan atau kemusnahan terhadap sendi yang berlaku sebelumnya akibat trauma atau jangkitan.
- Rawan yang telah berubah sifat disebabkan oleh penyakit lain atau memang pada asalnya adalah lemah dari segi genetik.
Rawan yang sihat adalah amat kuat serta anjal dan membolehkan sendi bergerak dengan licin tanpa sebarang rasa kesakitan. Tetapi apabila ia diserang oleh penyakit osteoartritis, rawan itu menjadi rosak dan kemudiannya beransur lusuh dan haus. Proses penghausan ini berlaku secara berterusan sepanjang masa sehingga sedikit sahaja atau langsung tiada lagi rawan yang tinggal pada sendi yang terlibat, dengan itu menyebabkan tulang bergesel sesama tulang. Dalam keadaan ini sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi berkeriut. Kesakitan dan kekakuan yang dirasai merupakan perkara biasa dalam penyakit osteoartritis lanjutan.
Osteoartritis lazimnya membabitkan sendi-sendi tertentu sahaja, seperti bahagian pinggang, tangan, lutut, bahagian bawah belakang dan leher. Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoartritis akan berlaku lebih kerap pada kaum lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia akan berlaku lebih kerap pada kaum wanita.
NUTRIEN BERMANFAAT UNTUK OSTEOARTRITIS DAN KESAKITAN SENDI
i) MSM (METHYLSULFONYLMETHANE)
MSM ialah nama ringkas bagi sejenis suplemen diet yang dikenali sebagai Methylsulfonylmethane. MSM ialah bentuk organik bagi sulfur, iaitu nutrien yang ketiga paling penting dalam badan kita. Malah, sulfur adalah amat penting untuk kehidupan, oleh itu ia dijumpai di mana-mana sahaja, baik dalam setiap sel mahupun dalam setiap tumbuhan dan juga binatang. Walaupun ia boleh didapati dalam makanan kita – seperti daging, ayam dan itik, ikan, telur, produk tenusu – kebanyakan khasiatnya hilang begitu sahaja semasa pemprosesan. Oleh itu mengambil suplemen daripada sumber MSM yang baik, berpotensi sebagai boleh mendatangkan manfaat yang besar.
MSM - Pengiring Unggul Kepada Glukosamin Dan Kondroitin Untuk Merawat Osteoartritis Secara Berkesan.
Memang telah diketahui ramai bahawa apabila bergabung dengan keupayaan Glukosamin dan Kondroitin untuk dibina semula, MSM terbukti menjadi satu ramuan penting untuk rawatan artritis dan lain-lain penyakit sendi degeneratif. Gabungan 3-dalam-1 yang bersinergi ini telah pun diiktiraf sebagai suatu perkara asas bagi sebarang regimen rawatan anti artritis.
Menyokong Sendi Dan Tisu Sambungan Yang Sihat contohnya, tendon, rawan, urat rawan, otot.
- Mengukuhkan tisu sambungan yang membentuk sendi
- Mengurangkan kekakuan dan kebengkakan
- Memperbaiki keanjalan sendi
- Mengurangkan kesakitan yang dikaitkan dengan artritis.
Manfaat-manfaat MSM yang lain:
- Mempertingkatkan kelembutan kulit
- Memberi kilauan pada rambut dan kuku dan tidak mudah retak atau pecah.
ii)GLUKOSAMIN
Merupakan sejenis sebatian semulajadi yang dijumpai dalam rawan yang sihat. Glukosamin adalah unsur biasa bagi glycosaminoglycans dalam matrik rawan dan cecair synovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan membaiki rawan.
iii)KONDROITIN
Merupakan jenis glycosaminoglycans yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan ia bertanggungjawab terhadap ketahanan dan kebingkasan rawan. Ia bertindak sebagai ‘magnet air.’ Keupayaan kondroitin untuk membendung air memberi ketegasan kepada rawan dan juga bertindak sebagai ‘penyerap hentakan.’
Mengambil Suplemen Glukosamin dan Kondroitin Membantu:
- Melegakan sakit sendi
- Membina semula rawan
- Mempertingkatkan keanjalan sendi
- Melincirkan sendi
- Memupuk tisu sambungan yang sihat
- Mengurangkan kekakuan
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian telah menunjukkan bahawa suplemen Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 adalah jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis sederhana sehingga kepada yang tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), walaupun Glukosamin atau Kondroitin itu diambil secara bersendirian sekalipun.
Yayasan Artritis Amerika mengesyorkan agar memulakan MSM dengan dos yang lebih kecil dahulu, iaitu sebanyak 500mg dua kali sehari dan menambahkannya beransur-ansur kepada 1,000mg dua kali sehari. Setelah mula mengambil MSM, berikan masa yang berpatutan untuk melihat sebarang manfaat.
KESIMPULAN
Untuk mendapat manfaat kesihatan sendi yang bersinergi, Glukosamin Sulfat dan Kondroitin seharusnya diambil bersama MSM kerana Glukosamin Sulfat dan Kondroitin membekalkan rawan nutrien yang menjadi blok pembina, manakala MSM pula membekalkan sulfur yang diperlukan untuk mewujudkan keutuhan tisu sambungan.
Sila rujuk ahli farmasi anda hari ini juga tentang formula 2-dalam-1 Glukosamin dan Kondroitin bersama MSM yang amat dipercayai dan selepas itu anda bolehlah mengucapkan selamat tinggal kepada penyakit osteoartritis dan sakit sendi.
PETUA KESIHATAN UNTUK PENGHIDAP OSTEOARTRITIS:
- Senaman yang kerap mengekalkan keanjalan sendi dan membantu meningkatkan kekuatan otot.
- Kurangkan berat badan bagi mereka yang gemuk atau mempunyai berat badan yang berlebihan – kerana mengawal berat badan adalah penting untuk mencegah serta memperlahankan kemaraan osteoartritis yang melibatkan sendi yang menanggung beban berat badan (lutut dan pinggang) dan juga bahagian bawah belakang
- Mengambil suplemen seperti Glukosamin dan Kondroitin telah terbukti dalam beberapa kajian sebagai dapat melegakan sakit dan memperbaiki fungsi sendi dalam osteoartritis yang sederhana hingga kepada yang tenat
- Untuk mendapatkan manfaat yang lebih baik dalam melegakan sakit sendi, ambillah Glukosamin dan Kondroitin bersama MSM
<<< Kembali