Artikel Kesihatan
Live-well adalah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka yang aktif terlibat dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Artikel kami diterbitkan dalam akhbar terkemuka di Malaysia.
LEGAKAN SAKIT SENDI ANDA
Penyakit ini menyeksakan berjuta manusia di seluruh dunia. Artritis merupakan penyakit degeneratif (penyakit berkaitan penuaan) yang kronik dan berbeza dari jenis yang sederhana sehingga ke tenat dan melemahkan.
Artritis didefinisikan sebagai radang pada satu atau lebih sendi dan gejalanya termasuklah kemerahan, kebengkakan, keempukan, kekakuan, rasa sakit-sakit dan kepanasan di kawasan yang terbabit. Terdapat lebih 100 jenis artritis termasuk osteoartritis, artritis reumatoid, ankylosing spondylitis, lupus dan penyakit gout.
Artritis yang paling biasa dijumpai ialah osteoartritis, yang berlaku apabila rawan yang menampan hujung-hujung tulang pada sendi-sendi kita lama-kelamaan merosot. Perkataan ‘Oste’ / ‘Osteo’ bermakna tulang dalam bahasa Yunani.
Osteoartritis
Osteoartritis (OA), juga dikenali sebagai osteoartroses atau penyakit sendi degeneratif, merupakan jenis artritis yang paling biasa. Osteoartritis ialah keadaan yang sudah kronik dan mencirikan kerosakan rawan-rawan sendi. Rawan ialah bahagian sendi yang melapisi dan menampan hujung-hujung tulang dan membolehkan kita menggerakkan sendi-sendi dengan senang.
Rawan yang sihat adalah amat kuat serta anjal dan membolehkan sendi-sendi bergerak dengan licin tanpa sebarang kesakitan. Tetapi apabila diserang oleh osteoartritis, rawan itu menjadi rosak dan kemudian beransur lusuh dan haus. Proses melusuh ini akan berterusan sehingga sedikit sahaja atau tidak ada lagi rawan yang tinggal pada sendi yang terbabit. Ini menyebabkan tulang bergesel sesama tulang.
Dalam keadaan yang sedemikian, sendi-sendi anda mungkin mengeluarkan bunyi “krik-krik.” Kesakitan dan kekakuan yang dirasai adalah perkara lazim bagi penyakit osteoartritis yang berlanjutan.
Osteoartritis lazimnya membabitkan sendi-sendi tertentu sahaja, seperti bahagian pinggang, tangan, lutut, bahagian bawah belakang dan leher. Osteoartritis akan berlaku lebih kerap apabila kita semakin berumur. Sebelum umur 45 tahun, osteoartritis akan berlaku lebih kerap pada kaum lelaki. Selepas umur 55 tahun, ia akan berlaku lebih kerap pada kaum wanita.
Fakta rawan
Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semulajadi. Namun demikian, dalam penyakit osteoartritis, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
Ramai orang yang menghidapi osteoartritis tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Kita harus membekalkan nutrien-nutrien perlu kepada badan agar ia dapat membina rawan yang kuat dan anjal. Mempunyai rawan yang kuat dan anjal merupakan langkah pertama untuk mewujudkan sendi yang sihat. Oleh itu, dengan sokongan nutrisi yang betul, para penghidap osteoartritis dapat membina dan menumbuhkan semula rawan mereka yang telah haus dan lusuh itu.
Sokongan Nutrisi untuk Osteoartritis
Glukosamin dan Kondroitin merupakan dua sebatian nutrisi penting yang digunakan untuk rawatan osteoartritis.
Kedua-dua glukosamin dan Kondroitin adalah komponen semulajadi bagi tisu sendi yang sihat. Ia menjalankan tugasnya dengan membekalkan ramuan mentah semulajadi yang diperlukan oleh rawan untuk membaiki dan membina semula dirinya sendiri dan juga dengan menumpaskan enzim-enzim semulajadi yang merosakkan rawan itu pada mulanya.
Glukosamin ialah sejenis sebatian semulajadi yang didapati dalam rawan yang sihat. Glukosamin juga merupakan suatu unsur biasa glycsoaminoglycans dalam matriks rawan dan cecair sinovial. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikan rawan
Kondroitin merupakan unsur glycsoaminoglycans yang paling banyak dalam rawan dan ia bertanggungjawab untuk memberi kebingkasan kepada rawan. Ia bertindak sebagai “magnet air.” Keupayaan kondroitin untuk memegang air memberi ketegasan kepada rawan dan juga bertindak sebagai “penyerap hentakan.”
Mengambil suplemen Glukosamin dan Kondroitin membantu:
- Melegakan sakit-sakit sendi
- Membina semula rawan
- Meningkatkan keanjalan
- Melincirkan sendi-sendi
- Menggalakkan tisu-tisu sambungan yang sihat
- Mengurangkan kekakuan
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, kajian menunjukkan suplemen Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 adalah jauh lebih berkesan untuk merawat osteoartritis yang sederhana hingga kepada yang tenat berbanding ubat anti radang yang berkuasa (celecoxib), malah jika Glukosamin atau Kondroitin itu diambil secara berasingan dan bersendirian sekalipun.
MSM – Pengiring Unggul bagi Glukosamin dan Kondroitin untuk Rawatan Osteoartritis yang Berkesan
MSM (Methylsulfonylmethane), sejenis sebatian sulfur semulajadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia telah digunakan dengan meluas bersama dengan Glukosamin dan Kondroitin untuk memberikan kelegaan yang berkesan bagi sakit-sakit sendi. Beberapa buah negara maju di seluruh dunia, seperti USA, UK, Eropah, Australia dan lain-lain memerhatikan hasil-hasil yang positif secara kerap dalam rawatan osteoartritis apabila suplemen MSM di tambah secara oral kepada terapi nutrisi Glukosamin dan Kondroitin.
MSM didapati dalam diet biasa manusia dan hampir semua binatang. MSM terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral yang keempat paling banyak dalam badan manusia. Sulfur diperlukan untuk struktur setiap sel dalam badan. Ia diperlukan untuk mewujudkan keutuhan struktur rawan-rawan sendi dan tisu-tisu sambungan seperti kulit, rambut dan kuku.
Beberapa asid amino, iaitu blok-blok pembina bagi protin, mempunyai sulfur sebagai komponen. Hormon, enzim, antibodi dan antioksida semua bergantung kepadanya. Oleh kerana badan kita menggunakan dan menghabiskannya setiap hari, maka sulfur mestilah ditambahkan secara berterusan untuk mewujudkan nutrisi serta kesihatan badan yang optimum.
Yayasan Artritis Amerika (The Artritis Foundation of America) mengesyorkan kita memulakan dengan dos yang rendah sekadar 500 mg MSM dua kali sehari dan meningkatkan secara beransur-ansur kepada 1,000 mg MSM dua kali sehari.
Membeli Suplemen
Walaupun sekian lama MSM tidak terdapat di negara kita, tetapi kini ia akhirnya muncul di kedai farmasi di malaysia. Oleh itu apabila anda memilih suplemen Glukosamin dan Kondroitin, jangan lupa menambahkan MSM demi memperolehi manfaat optimum untuk sendi anda. Tanyalah ahli farmasi anda hari ini juga mengenai formula Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 yang amat dipecayai bersama dengan MSM dan ucapkan selamat tinggal kepada osteoartritis dan sakit-sakit sendi.
<<< Kembali