Mitos tentang Osteoartritis
Mitos: Anda tidak harus bersenam sebaik anda mendapat osteoartritis
Jika sendi kurang digunakan, otot-otot di sekeliling sendi akan menjadi lemah. Oleh itu, penghidap osteoartritis
digalakkan untuk bersenam. Senaman boleh meningkatkan ketahanan anda dan menguatkan otot-otot di sekeliling sendi,
menjadikan sendi anda lebih stabil.
Aktiviti-aktiviti berimpak rendah seperti yoga juga boleh membantu menguatkan otot, tendon dan ligamen.
Ini seterusnya membantu sendi kekal sejajar dengan betul dan kurang berisiko mendapat kecederaan. Tambahan lagi,
aktiviti ini juga menggalakkan pelbagai pergerakan, satu masalah besar bagi penghidap artritis, dengan kurang
tekanan kepada sendi-sendi yang rosak.
Mitos: Osteoartritis ialah sebahagian daripada penuaan, anda tidak boleh menghalangnya
Risiko mendapat osteoartritis bertambah dengan usia kerana sendi-sendi yang lebih tua adalah lebih haus dan lebih banyak digunakan. Namun, bukan hanya orang tua yang mendapat osteoartritis kerana penyakit ini juga boleh menyerang golongan muda. Beberapa faktor terlibat dalam menyebabkan keadaan ini, termasuk keturunan dan gaya hidup. Permulaan osteoartritis boleh dilambatkan atau dihalang dengan:
- Mengekalkan berat badan yang sihat
- Bersenam secara tetap
- Menjaga sendi anda
- Mengambil makanan tambahan dengan nutrien kesihatan sendi
Mitos: Osteoartritis hanya boleh dirawat menggunakan ubat penahan sakit
Ubat penahan sakit boleh membantu menangani kesakitan tetapi ubat ini tidak dapat mengubat
osteoartritis. Terdapat cara-cara untuk melegakan sakit sendi dan merawat osteoartritis tanpa
melibatkan terapi ubat.
- Menghilangkan berat badan – membantu mengurangkan kesakitan dan memperbaik fungsi-fungsi sendi
- Senaman – melindungi sendi dengan menguatkan otot-otot di sekelilingnya
- Pek haba/sejuk – menggunakan pek haba atau pek sejuk komersil atau pek sejuk yang dibuat sendiri (daripada ais hancur atau kiub ais) membantu mengurangkan kesakitan dan kekejangan
- Makanan tambahan dengan nutrien kesihatan sendi – glukosamin dan kondroitin telah dibuktikan secara klinikal dapat melegakan sakit sendi dan merawat osteoartritis
Mitos: Sendi yang mengalami Osteoartritis akan mengalami kekejangan yang berlanjutan sepanjang hari
Kekejangan dan kesakitan ialah simptom-simptom biasa bagi OA. Sendi-sendi yang terjejas biasanya menjadi kaku pada
waktu pagi tetapi kekejangan ini hanya sementara, bertahan hanya lebih kurang 15-20 minit. Bersenam dan membuat
sendi-sendi anda terus bergerak boleh mengurangkan kekejangan dan kesakitan.
Walau bagaimanapun, kekejangan sendi yang berkait dengan artritis reumatoid mungkin tidak akan bertambah baik untuk
beberapa jam atau mungkin berterusan sepanjang hari. Oleh itu, kekejangan pada waktu pagi membantu membezakan
osteoartritis daripada artritis reumatoid.