Artikel Kesihatan
Live-well adalah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka yang aktif terlibat dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Artikel kami diterbitkan dalam akhbar terkemuka di Malaysia.
OSTEOARTRITIS – MASALAH SENDI PALING BIASA DIKALANGAN RAKYAT MALAYSIA
Di seluruh dunia, berjuta orang mengalami masalah tulang sendi. Masalah seperti artritis memberi kesan yang besar terhadap mutu kehidupan seseorang. Osteoartritis adalah mungkin penyebab paling biasa pada penyakit sendi penyambung dan sendi tulang belakang dikalangan penduduk dunia. Osteoartritis dihidapi oleh 10-20% dikalangan penduduk dewasa. Bentuk Osteoartritis paling kerap dijumpai dikalangan rakyat Malaysia ialah Osteroartritis sendi lutut.
Osteoartritis
Perkataan “artritis“ bermaksud “radang sendi“ iaitu sendi yang sakit, terasa bisa bila disentuh, mungkin kemerahan, membengkak yang dikaitkan dengan kehilangan fungsi. “Osteo“ ialah perkataan Greek untuk “tulang“. Terdapat lebih dari 100 masalah yang berkaitan dengan sendi dan tulang penyambung, otot dan tisu. Penyakit ini dikelaskan dalam pelbagai jenis artritis bergantung sama ada terdapat radang, jangkitan atau pendarahan.
Osteoartritis (OA) dikenali sebagai penyakit “degeneratif“ (penyakit yang berkaitan dengan peningkatan usia) kerana ia disebabkan oleh contohnya haus dan lusuh dalam jangka masa yang lama. Kesannya sangat ketara. OA terjadi apabila rawan – tisu lembut yang melapisi hujung tulang mula terhakis. Apabila sistem lapisan pada sendi hilang, tulang akan bergeser antara satu sama lain dan menyebabkan kesakitan. Sendi akan mula berasa kaku dan pergerakan akan menjadi lemah. Sebelum berumur 45 tahun, OA biasanya berlaku pada lelaki namun selepas umur 55 tahun, ia kebanyakannya terjadi kepada kaum wanita.
Rawan Sendi
Rawan boleh dibina semula dan ditumbuhkan semula secara semulajadi. Namun demikian, dalam penyakit OA, rawan dimusnahkan lebih cepat daripada ia dibina semula.
Kebanyakan mereka yang mempunyai OA tidak mengambil khasiat untuk rawan mereka. Seseorang itu perlu membekalkan khasiat penting untuk badan membina rawan yang kuat dan anjal. Mempunyai rawan yang kuat dan anjal adalah langkah pertama untuk sendi yang sihat. Oleh itu, sokongan nutrisi yang betul, pesakit OA boleh membina dan menumbuhkan semula rawan yang telah lusuh.
Osteoartritis dan Sokongan Nutrisi
Glukosamin dan Kondroitin merupakan komponen semulajadi dalam tisu sendi yang sihat. Tugasnya ialah untuk membekalkan bahan mentah semulajadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula dirinya dan menumpaskan enzim semulajadi yang merosakkan rawan.
Glukosamin merupakan perintis bagi molekul yang dikenali sebagai glikosaminoglikan. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikpulih rawan. Tidak seperti NSAIDS dan aspirin, Glukosamin bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi juga membantu membina semula rawan
Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan bertanggungjawab untuk memastikan ketahanan rawan. Ia bertindak seperti ‘daya penarik air.’ Keupayaan kondroitin untuk membendung air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’. Kajian menunjukkan keberkesanan meningkat sebanyak 24% apabila rawatan digabungkan dengan Glukosamin Sulfat.
Mengambil suplemen Glukosamin dan Kondroitin membantu membina dan membaiki rawan, memperlahankan perkembangan OA, melincirkan sendi-sendi, mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan kekakuan serta meningkatkan keselesaan pergerakan
Glukosamin dan Kondroitin Terbukti Berkesan untuk Osteoartritis dan Sakit Sendi
Sejak akhir-akhir ini, suplemen Glukosamin dan Kondroitin telah menarik minat orang ramai di Amerika Syarikat sehinggakan pihak berkuasa AS telah menjalankan kajian klinikal terbesar pernah dijalankan keatas Glukosamin dan Kondroitin untuk menguji keberkesanannya. Keterangan terperinci mengenai ujian GAIT telah disiarkan dalam New England Medical Journal (23 Feb 2006)
Ujian GAIT disifatkan sebagai ‘ujian paling ketat dan rapi sehingga kini’ dalam menilai keberkesanan Glukosamin dan Kondroitin terhadap sakit lutut yang berkaitan dengan Osteoathritis (OA). Ujian GAIT telah membuktikan gabungan dua suplemen ini (Glukosamin + Kondroitin) adalah lebih berkesan untuk merawat sakit lutut OA diperingkat sederhana sehinggaa teruk berbanding Celecoxib, sejenis perencat COX-2 (ubat anti radang).
MSM – Pengiring Unggul Kepada Glukosamin dan Kondroitin
MSM (Methylsulfonylmethane), sejenis sebatian sulfur semulajadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia telah digunakan dengan meluas bersama dengan Glukosamin dan Kondroitin untuk memberikan kelegaan yang berkesan bagi sakit-sakit sendi. Beberapa buah negara maju di seluruh dunia, seperti USA, UK, Eropah dan Australia memerhatikan hasil-hasil yang positif secara kerap dalam rawatan OA apabila suplemen MSM di tambah secara oral kepada terapi nutrisi Glukosamin dan Kondroitin.
MSM didapati dalam diet biasa manusia dan hampir semua binatang. MSM terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral yang keempat paling banyak dalam badan manusia. Sulfur diperlukan untuk struktur setiap sel dalam badan. Ia diperlukan untuk mewujudkan keutuhan struktur rawan-rawan sendi dan tisu-tisu sambungan seperti kulit, rambut dan kuku.
Beberapa asid amino, iaitu blok-blok pembina bagi protin, mempunyai sulfur sebagai komponen. Hormon, enzim, antibodi dan antioksida semua bergantung kepadanya. Oleh kerana badan kita menggunakan dan menghabiskannya setiap hari, maka sulfur mestilah ditambahkan secara berterusan untuk mewujudkan nutrisi serta kesihatan badan yang optimum.
Yayasan Artritis Amerika menyarankan untuk memulakan MSM dengan dos yang rendah iaitu 500mg dua kali sehari dan menaikkan jumlah dos secara perlahan kepada 1,000mg dua kali sehari.
Sudah lama MSM ini dinanti-nantikan oleh rakyat Negara kita, kini ia akhirnya muncul di kedai-kedai farmasi di malaysia. Oleh itu apabila anda memilih suplemen Glukosamin dan Kondroitin, jangan lupa menambahkan MSM demi memperolehi manfaat optimum untuk sendi anda. Tanyalah ahli farmasi anda hari ini juga mengenai Formula Glukosamin dan Kondroitin 2-dalam-1 yang amat dipecayai bersama dengan MSM dan ucapkan selamat tinggal kepada osteoartritis dan sakit-sakit sendi.
Petua-Petua Kesihatan untuk Penderita osteoartritis
<<< Kembali