Nutrisi Sendi

 

Mengenai Glukosamin dan Kondroitin

Glukosamin
Glukosamin dihasilkan secara semula jadi di dalam tubuh kita. Glukosamin terlibat dalam penghasilan glikosaminoglikan dan glikoprotein yang merupakan blok binaan penting bagi banyak bahagian pada sendi kita.

Dalam Osteoartritis, sintesis glukosamin tidak mencukupi, maka ini menyekat pembinaan semula dan pembaikan tulang rawan. Tubuh menggunakan glukosamin tambahan untuk mensintesis tulang rawan. Selain dari itu, glukosamin tambahan juga merencat enzim-enzim tertentu yang memusnahkan tulang rawan seperti kolagenase dan fosfolipase yang membantu melambatkan perkembangan Osteoartritis.

Kondroitin
Kondroitin ialah satu lagi komponen utama tulang rawan dan terlibat dalam menarik cecair (bertindak sebagai magnet air) yang melincirkan sendi dan memberi ketegaran kepada rawan. Kondroitin juga bertindak sebagai "penyerap hentakan". Kondroitin memberikan tulang rawan kekuatan dan ketahanan. Seperti glukosamin, kondroitin mempunyai keupayaan untuk menghalang enzim daripada melarutkan tulang rawan seterusnya melambatkan kemajuan Osteoartritis.

Rujukan:
Kajian Artritis UK

Ujikaji klinikal terkini ke atas osteoartritis menyokong penggunaan Glukosamin & kondroitin untuk kesihatan tulang.
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, kedua-dua makanan tambahan Glukosamin & kondroitin telah mendapat sambutan ramai sehingga pihak berkuasa AS telah melakukan kajian klinikal yang paling besar pernah diadakan ke atas Glukosamin & kondroitin untuk menguji keberkesanannya. Butiran terperinci mengenai ujikaji tersebut telah diterbitkan dalam New England Medical Journal (23 Feb, 2006).

Ujikaji GAIT
Ujikaji GAIT digambarkan sebagai "Ujikaji yang paling tegas setakat ini yang menilai kesan-kesan Glukosamin & kondroitin terhadap sakit lutut yang dikaitkan dengan osteoartritis (OA)". Ujikaji GAIT telah menunjukkan bahawa kedua-dua makanan tambahan ini, diambil dalam kombinasi, adalah lebih berkesan dalam merawat sakit lutut OA pada tahap sederhana ke serius berbanding Celecoxib, sejenis perencat COX-2 (ubat anti keradangan).

Ujikaji ini telah dibiayai oleh Institut Kesihatan Kebangsaan (NIH) - agensi Persekutuan AS utama bagi menjalankan dan menyokong penyelidikan perubatan di Bethesda, Maryland. Ujikaji ini telah dijalankan selama 6 bulan dan menggunakan kaedah ‘double-blind’ , ‘five-arm’ dengan kawalan plasebo melibatkan 1,583 pesakit dengan simptom OA pada lutut.

Sepanjang tempoh ujikaji, setiap hari pesakit telah diberi sama ada glukosamin (1500mg); kondroitin (1200mg); gabungan glukosamin & kondroitin; Celecoxib 200mg; atau plasebo (palsu).

Keputusan ujikaji GAIT mengesahkan bahawa Glukosamin & kondroitin, apabila diambil bersama adalah lebih berkesan daripada hanya mengambil Celecoxib - bagi penghidap artritis lutut tahap sederhana hingga serius.