Artikel Kesihatan

Live-well adalah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka yang aktif terlibat dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Artikel kami diterbitkan dalam akhbar terkemuka di Malaysia.






KESAKITAN SENDI MENGANCAM KESIHATAN RAKYAT MALAYSIA

Puan Azlina berusia 55 tahun, dahulunya beliau selalu bersenam dengan berlari menaiki anak bukit di belakang rumahnya semenjak 20 tahun yang lepas. Tetapi kebelakangan ini dia terpaksa bersusah payah walaupun untuk berjalan menaiki bukit yang sama kerana kesakitan lututnya yang amat sangat! Encik Afendi seorang pemain golf yang berusia 40an, beliau menjauhkan diri dari sukan kegemarannya kerana kesakitan pada sendi bila dia menghayunkan kayu golf. Encik Ariff yang berusia 60 tahun berasa sangat tertekan kerana setiap kali dia bermain tenis, dia berasa sukar untuk membalas balik hantaran dari pihak lawan kerana terasa sakit dalam sendinya. Ini adalah antara cabaran-cabaran paling biasa dialami oleh ramai rakyat Malaysia bila usia mereka meningkat.

Malah di seluruh dunia, berjuta-juta manusia seperti Puan Azlina, Encik Afendi dan Encik Ariff menghadapi masalah berkaitan sendi. Artritis bermaksud “radang sendi” – iaitu sendi kesakitan, kepanasan bila disentuh, warna kemerahan, bengkak-bengkak dan juga dikaitkan dengan sendi yang kehilangan fungsi. “Osteo” pula ialah bermaksud “tulang.”

Artritis bukan penyakit tunggal, sebenarnya lebih seratus keadaan berlainan boleh menjejaskan sendi dan tulang berhampiran serta otot-otot dan tisu. Osteoartritis (OA) berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus. Dikenali sebagai artritis haus & lusuh, Osteoartritis menyebabkan kesakitan sendi, bengkak & kecacatan. Anda mungkin menyedari tentang tanda-tanda seperti kekejangan pada waktu pagi, sendi sedikit membengkak & sakit. Ia merangkumi setiap sendi termasuk leher & belakang. Jika teruk, Osteoartritis boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan dan hilang upaya.

Kuat dan anjal adalah sifat rawan yang sempurna. Ia menggerakkan sendi dengan licin tanpa kesakitan. Apabila penyakit Osteoartritis menyerang, kerosakan rawan akan berlaku dengan beransur-ansur melusuh dan menghaus. Proses penghausan ini berlaku dengan berterusan sehingga sedikit sahaja atau tiada lagi rawan yang tinggal pada sendi, ini akan menyebabkan tulang bergesel sesama sendiri. Dalam keadaan ini sendi mungkin mengeluarkan bunyi berkeriut. Kesakitan dan kekakuan yang dirasai merupakan perkara biasa dalam penyakit Osteoartritis lanjutan.

Nutrisi untuk Sakit Sendi dan Osteartritis
Glukosamin dan Kondroitin adalah komponen semulajadi dalam tisu sendi yang sihat. Fungsinya ialah untuk membekalkan bahan mentah semulajadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula dirinya dan menumpaskan enzim semulajadi yang merosakkan rawan.

Glukosamin merupakan perintis bagi molekul yang digunakan dalam pembentukan dan membaiki rawan. Tidak seperti NSAIDS (ubat tahan sakit) dan aspirin, Glukosamin bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi juga membantu membina semula rawan.

Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan bertanggungjawab untuk memastikan ketahanan rawan. Ia bertindak seperti ‘magnet air.’ Keupayaan kondroitin untuk menarik dan membendung air memberi kekuatan kepada rawan. Rawan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’. Kajian menunjukkan keberkesanan meningkat sebanyak 24% apabila kondroitin digabungkan dengan Glukosamin Sulfat.

Mengambil suplemen Glukosamin dan Kondroitin boleh membantu membantu membina dan membaiki rawan, meningkatkan keselesaan pergerakan, melincirkan sendi-sendi, memperlahankan perkembangan Osteoartritis, mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan kekakuan.


MSM – Gabungan Hebat Bersama Glukosamin dan Kondroitin
MSM (Methylsulfonylmethane) - sulfur semulajadi yang mempunyai banyak manfaat kesihatan, ia telah digunakan dengan meluas bersama dengan Glukosamin dan Kondroitin untuk memberi kelegaan yang berkesan bagi sakit-sakit sendi. Beberapa buah negara maju di seluruh dunia, seperti USA, UK, Eropah dan Australia Berjaya mengesan hasil positif secara kerap dalam rawatan Osteoartritis apabila suplemen MSM di tambah secara oral kepada terapi nutrisi Glukosamin dan Kondroitin.

MSM didapati dalam diet biasa manusia. MSM terdiri daripada 34% sulfur, iaitu mineral yang keempat paling banyak dalam badan manusia. Sulfur diperlukan untuk struktur setiap sel dalam badan. Ia diperlukan untuk mewujudkan keutuhan struktur rawan-rawan sendi dan tisu-tisu sambungan.

Beberapa asid amino, iaitu blok-blok pembina bagi protin, mempunyai sulfur sebagai komponen. Hormon, enzim, antibodi dan antioksida semua bergantung kepadanya. Oleh kerana badan kita menggunakan dan menghabiskannya setiap hari, maka sulfur mestilah ditambahkan secara berterusan untuk mewujudkan nutrisi serta kesihatan badan yang optimum. Yayasan Artritis Amerika mengesyorkan agar memulakan MSM dengan dos yang lebih kecil, iaitu sebanyak 500mg dua kali sehari dan menambahkannya beransur-ansur kepada 1,000mg dua kali sehari. Setelah mula mengambil MSM, berikan masa yang berpatutan untuk melihat sebarang manfaat.

Selain daripada itu, MSM juga bermanfaat untuk mempertingkatkan kelembutan kulit dan memberi kilauan pada rambut dan kuku supaya tidak mudah retak atau pecah.


Panduan Mengambil Suplemen
Apabila anda mencari suplemen untuk Osteoartritis, pilihlah suplemen gabungan Glukosamin dengan Kondroitin bersama MSM untuk mendapatkan faedah yang optimum untuk sendi anda. Pastikan anda mengambil Glukosamin dan Kondroitin 15 minit sebelum makan dan MSM diambil selepas makan. Mengambil suplemen seperti Glukosamin dan Kondroitin telah terbukti dalam beberapa kajian sebagai dapat melegakan sakit dan memperbaiki fungsi sendi dalam Osteoartritis yang sederhana hingga kepada yang tenat. Selain itu, bersenamlah dengan kerap kerana ia boleh membantu mengekalkan keanjalan sendi. Bersenam juga boleh mengurangkan berat badan. berat badan yang berlebihan boleh menyebabkan kehausan dan kelusuhan sendi dengan mudah kerana lutut dan sendi terpaksa “bekerja“ dengan lebih keras daripada biasa untuk menyokong bahagian atas badan.


<<< Kembali