Artikel Kesihatan

Live-well adalah syarikat penjagaan kesihatan terkemuka yang aktif terlibat dalam penyebaran maklumat kepada masyarakat.
Artikel kami diterbitkan dalam akhbar terkemuka di Malaysia.






KESIHATAN SENDI DAN TULANG

Kesihatan sendi & tulang adalah perkara yang merisaukan mereka yang berumur 40 tahun dan ke atas. Dua penyakit degeneratif yang paling biasa dialami ialah Osteoartritis dan Osteoporosis – ‘oste’ / ‘osteo’ bermakna ‘tulang’ dalam bahasa Yunani. Tulang yang rapuh akibat osteoporosis telah lama dianggap sebagai suatu faktor risiko penyakit Osteoartritis. Jika Osteoartritis ada kaitan dengan radang & artritis haus & lusuh, Osteoporosis pula berkaitan dengan kekuatan dan kepadatan tulang. Kita memerlukan tulang yang berfungsi seperti biasa untuk menjalankan kegiatan harian.

Osteoartritis (OA) berlaku akibat rawan yang meliputi penghujung tulang atau sendi menjadi haus. Dikenali sebagai artritis haus & lusuh, OA menyebabkan kesakitan sendi, bengkak & kecacatan. Anda mungkin menyedari tentang tanda-tanda seperti kekejangan pada waktu pagi, sendi sedikit membengkak & sakit. Ia merangkumi setiap sendi termasuk leher & belakang. Jika teruk, OA boleh menyebabkan ketidakselesaan, kesakitan dan hilang upaya.


Sokongan Nutrisi untuk Osteoatritis
Glukosamina dan kondroitin merupakan komponen semulajadi dalam tisu sendi yang sihat. Tugasnya ialah untuk membekalkan bahan mentah semulajadi yang diperlukan oleh rawan untuk memperbaiki dan membina semula dirinya dan menumpaskan enzim semulajadi yang merosakkan rawan.

  • Glukosamina merupakan perintis bagi molekul yang dikenali sebagai glikosaminoglikan. Molekul ini digunakan dalam pembentukan dan pembaikpulih rawan. Tidak seperti NSAIDS dan aspirin, glukosamina bukan sahaja menghilangkan kesakitan tetapi juga membantu membina semula rawan
  • Kondroitin merupakan glikosaminoglikan yang paling banyak dijumpai dalam rawan dan bertanggungjawab untuk mempastikan ketahanan rawan. Ia bertindak seperti ‘daya penarik air.’ Keupayaan kondroitin untuk membendung air memberi ketegasan kepada rawan dan bertindak sebagai ‘penyerap hentakan’. Kajian menunjukkan keberkesanan meningkat sebanyak 24% apabila rawatan digabungkan dengan Glukosamina Sulfat.

Mengambil suplemen Glukosamina dan Kondroitin boleh membantu membina & membaiki rawan, memperlahankan perkembangan OA, melincirkan sendi-sendi, mengurangkan kesakitan sendi-sendi dan kekakuan dan meningkatkan keselesaan pergerakan.

Kebelakangan ini, suplemen Glukosamina dan Kondroitin telah mempunyai ramai pengikut sehingga mendorong pihak berkuasa Amerika Syarikat untuk menjalankan kajian klinikal terbesar pernah dilakukan terhadap Glukosamina dan Kondroitin untuk menguji keberkesanannya. Maklumat terprinci ujian (GAIT) telah pun diterbitkan dalam New England Medical Journal (23 Februari 2006).


Ujian GAIT
Ujian GAIT disifatkan sebagai ‘ujian paling ketat dan rapi sehingga kini’ dalam menilai keberkesanan Glukosamina dan Kondroitin terhadap sakit lutut yang berkaitan dengan Osteoathritis (OA). Ujian GAIT telah membuktikan bahawa gabungan dua suplemen ini (Glukosamina + Kondroitin) adalah lebih berkesan untuk merawat sakit lutut OA diperingkat sederhana sehinggaa teruk berbanding Celecoxib, sejenis perencat COX-2 (ubat anti inflamasi).


Pencegahan Osteoporosis
Osteoporosis ialah keadaan kekurangan khasiat dikenali ‘tulang rapuh’. Keadaan ini berlaku apabila, terutamanya pada tulang belakang, pergelangan tangan dan pinggul menjadi nipis dan menjadikan tulang lemah & retak dengan mudah.

Tulang sebenarnya adalah tisu hidup dan selalunya mempunyai tindak balas biokimia dimana ianya bergantung kepada nutrien mikro & sistem enzim yang berbeza-beza. Sepertimana tisu hidup yang lain, tulang memerlukan pelbagai bekalan khasiat.

Pemakanan moden hari ini seperti roti putih, gula putih & lemak yang tinggi adalah tersangat kurang khasiatnya tuntuk tulang. Pengambilan daging & air berkarbonat yang banyak menyumbang kepada menurunnya penyerapan kalsium oleh badan. Kekurangan pengambilan khasiat yang diperlukan tulang boleh menyumbang kepada osteoporosis.

Sekiranya Osteoporosis tidak dicegah atau dibiarkan tanpa rawatan, ia akan berkembang perlahan-lahan tanpa berasa sakit sehingga salah satu daripada tulang itu mengalami keretakan atau patah, juga dikenali sebagai ‘retakan’.


Kalsium

Meskipun kalsium begitu penting, didapati di Amerika Syarikat hanya 25% wanita yang menghidap Osteoporosis mengalami kekurangan kalsium. Bukti baru ini dengan jelas menunjukkan VITAMIN D, MAGNESIUM, KUPRUM, ZINK, BORON dan MANGAN juga penting untuk mewujudkan tulang yang kuat dan sihat. Semua nutrien ini hendaklah diambil bersama untuk mendapatkan metabolisme tulang yang optimum. Malah, ketiadaan hanya satu nutrien sekalipun boleh mengakibatkan tulang menjadi lemah dan membawa kepada penyakit Osteoporosis. Lelaki & wanita seharusnya mengambil suplemen Kalsium sebanyak 800 – 1,500 mg sehari bersama dengan makanan untuk penyerapan yang optimum.


Vitamin D
Vitamin D membantu badan menyerap kalsium. Paras vitamin D yang rendah adalah perkara biasa bagi wanita terutama yang sudah berumur. Kekurangan vitamin D boleh menyebabkan kekurangan kalsium dan akan menyebabkan tulang menjadi lembut (osteomalacia). Pakar mengesyorkan pengambilan harian sebanyak antara 400 dan 800 unit antarabangsa (IU).


Magnesium
Magnesium perlu untuk pemeliharaan dan penggerakan kalsium dalam tulang dan diperlukan untuk penggunaan vitamin D. Kekurangan magnesium sudah menjadi perkara biasa dan merupakan faktor risiko utama bagi Osteoporosis. U.S. RDA untuk magnesium ialah 400 mg setiap hari. (U.S. RDA yang disebut di sini ialah untuk orang dewasa, kecuali wanita hamil atau ibu-ibu menyusu, dan kanak-kanak yang berumur lebih 4 tahun).


Mangan
Mangan merupakan mineral surih diperlukan untuk mensentisiskan tisu-tisu sambungan yang membentuk matriks dan di atasnya pengumpulan mineral akan berlaku. Pengambilan harian yang disyorkan untuk mangan ialah 2mg.


Boron
Boron diperlukan untuk menukar vitamin D kepada bentuk aktif; ini menerangkan mengapa kekurangan boron akan menjejaskan metabolisme kalsium dan pembentukan tulang. Boron mengurangkan kesusutan kalsium daripada tulang-tulang. Walaupun tidak ada RDA rasmi bagi boron, dosej harian yang mengandungi 1.5 hingga 3.0 mg adalah selamat dan mencukupi (Murray, 1996).


Zink Zink menyokong pembentukan tulang dengan memperkuatkan tindakan vitamin D. Zink membantu mengekalkan struktur tulang-temulang dan ia juga terbabit dalam pembinaan tulang.


Kuprum
Kekurangan kuprum mungkin akan menyebabkan pengumpulan tulang yang tidak normal. Kuprum membantu membentuk blok-blok binaan untuk tulang-tulang.


Asid Folik, Vitamin B6 dan Vitamin B12
Homosistin bukan sahaja tidak baik kepada saluran darah tetapi juga kepada tulang. Seseorang yang mempunyai peningkatan homosistin yang teruk didapati mempunyai Osteoporosis juga.


Panduan Membeli Suplemen
Apabila anda mencari suplemen untuk kesihatan sendi dan tulang, pilihlah suplemen Ostepakej 3 dalam 1 yang baik yang menggabungkan Glukosamina dengan Kondroitin bersama Kalsium, serta manfaat-manfaat tambahan daripada Magnesium, Vitamin D, Boron, Mangan, Zink dan Kuprum.

Maklumat dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan sahaja dan seharusnya tidak digunakan sebagai ganti nasihat kesihatan peribadi. Jika anda sedang mengalami masalah kesihatan, anda dinasihatkan supaya berjumpa dengan pengamal pakar kesihatan.


<<< Kembali