Memahami Osteoartritis
Pencegahan
- Kekalkan Berat Badan yang Sihat – Ini boleh melegakan tekanan pada sendi-sendi yang terpaksa menanggung berat badan seperti lutut dan pinggul dan mengurangkan risiko mendapat osteoartritis. Pemakanan yang sihat digabung dengan senaman adalah cara yang terbaik.
- Bersenam Secara Tetap – Ini membantu melindungi sendi dengan cara menguatkan otot-otot di sekelilingnya dan membuat otot dan tendon kekal anjal. Tambahan lagi, senaman membantu mengawal berat badan anda dan membantu anda berasa lebih sihat pada keseluruhannya.
- Makanan Tambahan dengan Nutrien untuk Kesihatan Sendi – Oleh kerana risiko mendapat osteoartritis bertambah dengan usia, orang dewasa yang semakin tua disyorkan mengambil makanan tambahan dengan nutrien untuk kesihatan sendi seperti glukosamin dan kondroitin secara tetap untuk membantu mencegah permulaan dan kemajuan osteoartritis.